Camar siput
Camar siput

Camar siput

Camar siput (Sterna hirundo)[2] adalah sejenis burung laut daripada keluarga Laridae. Burung ini mempunyai taburan lingkar kutub dan empat subspesiesnya membiak di kawasan beriklim sederhana dan subartik di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Camar siput merupakan burung hijrah di mana semasa musim sejuk, burung ini akan bermigrasi ke rantau tropika dan subtropika pesisir pantai. Burung dewasanya mempunyai bahagian atas berwarna kelabu muda, bahagian bawah berwarna putih hingga kelabu muda, atas kepala berwarna hitam, kaki berwarna jingga-merah dan paruh yang runcing. Bergantung kepada subspesies paruh itu mungkin kebanyakkannya berwarna merah dengan hujung hitam atau keseluruhannya berwarna hitam. Terdapat beberapa spesies yang serupa, termasuk tern Artik simpatrik, yang boleh dipisahkan pada butiran buluan, warna kaki dan paruh, atau penyuaraan.